Sunday 7 July 2013

Bahasa Isyarat~

Bahasa Isyarat( Sign Language) adalah bahasa komunikasi secara manual, iaitu menggunakan bahasa tubuh iaitu tangan, badan dan gerak bibir, bukannya menggunakan suara berkomunikasi diantara satu sama lain. Ini merupakan kaedah komunikasi yang tidak menggunakan suara untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan fikiran seorang penutur. Bahasa Isyarat kod tangan merupakan bahasa komunikasi mereka yang mengalami masalah pendengaran atau pekak. Kepada mereka, mereka perlu belajar bahasa isyarat untuk berkomunikasi sesama mereka dan orang ramai.

Bilamana terdapat komuniti orang pekak, bahasa isyarat wujud. Orang biasa macam kita boleh juga belajar bahasa isyarat agar kita akan lebih mesra dengan orang pekak supaya mereka tidak berasa diperlisihkan oleh orang biasa. Oleh itu, marilah kita sama-sama belajar bahasa isyarat yang mudah.

Untuk permulaan, kita belajar dengan mengenal huruf dan nombor dulu. Sebagai contoh, berikut adalah tatabahasa bahasa isyarat Malaysia yang biasa digunakan oleh komuniti pekak di Malaysia.



Semoga belajar!

0 comments:

Post a Comment

 

Template by Best Web Hosting